Tuesday, 15 January 2013

Beutskin Essence dan SNE Kapsul



Assalamualaikum w.b.t.....
Apa khabar kawan2...maaf la dh lama x update blog....selamat tahun baru juga....walaupun dh dekat setengah bulan dibulan januari....hehehehhehehehe sibuk menguruskan anak sekolah....apa azam korang semua tuk tahun ni....
Azam ina plak tahun ni nk tambah pendapatan....hehehehhehe
harap2 kawan2 doakan ina ea....

Taraaaaa......ni la ina nk jual skang.....korang sume mesti dh pernah dengarkan beutskin essence ni....nanti ina bagitau kegunaannya....jom oder ngan ina....
 

Nama Produk : Beutskin Essence
Kod Produk : 10023
Kandungan : 500mg x 60 kapsul
No. Pendaftaran Kementerian Kesihatan : MAL08031430TR
Harga : RM260.00 (SP)

“ Mengubah Statistik Umur Manusia ”


 Nama produk : SNE Kapsul
Kod Produk : 10002
Berat : 500mg x 60 capsules
No. Pendaftaran Kementerian Kesihatan : MAL20034169TCR
Harga : RM250.00 (SP)

" Meningkatkan Kualiti Hidup Manusia "

Ok….ina nak cerita pasal produk ni

Produk SNE Kapsul

KAPSUL SNE menggabungkan minyak biji Seabuckthorn dengan Mukopolisakarida Makromolekul sebaga ramuan aktifnya, diekstrak dan diperhaluskan dengan penggunaan teknik pengekstrakan superkritikal karbon dioksida. KAPSUL SNE berkesan untuk menyingkirkan toksin danradikal bebas, meningkatkan system imun, mengaktifkan sel-sel otak, system saraf dan system endokrin, serta menyelaras dan membaik pulih sel-sel badan, untuk mencapai tahap metabolism yang optimum.


5 CIRI UTAMA 
• Menyuburkan dan mencergaskan sel
• Menyelaras dan membaik pulih sel
• Mengandungi kesan anti-bakteria
• Menyeimbangkan sistem badan
• Membersihkan darah dan membantu dalam proses detoksifikasi.


MANFAAT UTAMA
• Berkeupayaan untuk menyingkirkan radikal bebas dan elemen berbahaya.
• Meningkatkan fungsi system imun.
• Mencegah pelbagai jenis penyakit system pencernaan.
• Mengurangkan tahap lipid darah dan kolestrol, justeru mencegah penyakit kardio-serebrovaskular.
• Mencegah jangkitan influenza.
• Merawat lecur, parut, reput fros dan kudis tekanan.
• Mencegah kerosakan yang diakibatkan oleh radiasi dan oksidasi.
• Menggalakkan peredaran darah dan mengelakkan pembentukkan bekuan darah/thrombus; mempercepatkan prose penyembuhan luka selepas pembedahan.
• Mencegah dan merawat pelbagai masalah ginekologikal. Produk ini amat sesuai untuk kaum wanita.
• Membantu perkembangan fizikal dan keupayaan mental kanak-kanak.
• Meningkatkan kesihatan kulit dan menagguhkan proses penuaan.


KESAN RAWATAN KAPSUL SNE

Tempoh Rawatan Pertama (1-30 hari)
- Wajah yang cantik dan berseri
- Kualiti tidur bertambah baik
- Mempertingkatkan system imun
- Kesejahteraan mental
- Meringankan penderitaan penyakit semasa 
Indikasi :- Kesan rawatan Kapsul SNE telah bermula, menyingkirkan toksin dan radikal bebas daripada badan anda. Sesetengah individu akan mengalami tindak balas yang positif (reaksi penyelarasan). Namun begitu, reaksi sedemikian akan hilang dalam tempoh 1-2 minggu.
Tempoh Rawatan Kedua (30-60 hari)
- Berasa cergas dan bertenaga
- Wajah yang cantik dan berseri
- Pigmentasi dan kedutan berkurangan
- Kualiti tidur bertambah baik
- Penderitaan penyakit semasa diringankan dan bertambah lega
- Wajah tampak berseri dan lebih muda.Indikasi :- Sistem endokrin diselaraskan untuk mencapai keseimbangan dalaman; fungsi imun dipulihkan, metabolism pada tahap optimum. Anda dinasihatkan untuk terus mengambil Kapsul SNE.
Tempoh Rawatan Ketiga (selepas 60 hari)
- Keletihan, kepenatan dan sakit belakang semakin lega
- Kulit tampak lebih lembab, halus dan gebu
- Pigmentasi berkurangan atau semakin pudar
- Pengurangan tahap gula darah, lipid darah dan kolestrol
- Peredaran darah yang optimum; hujung jari berwarna kemerah-merahan
- Symptom penyakit semasa telah dibaik pulih dengan ketara.
Indikasi :- Kapsul SNE merupakan sumber nutrient penting untuk tubuh badan anda. Ia membantu menyelaraskan fungsi tubuh anda. Anda dinasihatkan untuk terus mengambil Kapsul SNE. 

Penyelarasan kesihatan yang optimum.
- Pada tahap ini, anda telah menikmati faedah Kapsul SNE. Anda dinasihatkan untuk terus mengambil Kapsul SNE. Dos boleh dikurangkan setengah. Kesimpulannya, Kapsul SNE membantu anda kekal sihat, bebas daripada penyakit dan awet muda, membolehkan anda menikmati usia yang panjang.

KAPSUL SNE sesuai untuk :
1. Penyakit saluran pernafasan; penyakit saluran gastrousus; penyakit sistem urinary.
2. Penyakit kerdiovaskular dan serebrovaskular; penyakit system peredaran darah.
3. Penyakit system saraf; reumatisme dan arthritis
4. Penyakit kulit;
5. Keadaan separa sihat;
6. Fungsi imun yang semakin merosot;
7. Lecur, lepuh, kudis tekanan, luka, reput fros.


Kapsul SNE dan BEUTSKIN ESSENCE yang diformulasi berasaskan 5 teori, di samping menggunakan seabuckthorn yang ajaib sebagai bahan utamanya merupakan berita baik untuk kaum hawa.

Kapsul SNE dan BEUTSKIN ESSENCE membekalkan sel kita dengan nutrien yang mencukupi untuk mengaktifkan sel, menyelaraskan sistem endokrin, mencegah dan melegakan ketakseimbangan hormon. Ia juga menentang radikal bebas demi mencegah kerosakan yang diakibatkan ancaman radikal bebas kepada sel badan dan meningkatkan sistem imun dengan menangkis serangan bakteria dan virus, serta membaiki keadaan penyakit genetik.

Kaum wanita, anda harus menjaga kesihatan anda, agar anda sihat walafiat dan mendapat menjaga kesejahteraan orang yang disayangi, serta menjalankan tanggungjawab anda sebagai seorang isteri, ibu dan wanita berkaliber dengan sepenuh hati.


Produk Beutskin Essence


5 FAKTOR UTAMA
1. Memutihkan
2. Kecerahan Kulit
3. Memperbaiki Gen
4. Metabolik
5. Anti-Pengoksidaan


Beutskin Essence dirumus dengan menggunakan ramuan platinum daripada esens tumbuhan yang unik dan digabung dengan penggunaan teknik ekstraksi supercritical CO2, berupaya menguraikan melanin dan pigmen kuning pada kulit dengan cepat demi memutihkan dan memperbaharui sel badan secara keseluruhan. Ia menggalakkan metabolisme sel dari dalam ke luaran supaya membolehkan badan menjadi lebih sihat dan memperolehi kulit yang lebih cerah. Ia juga membebaskan enzim-enzim aktif sel, berkesan untuk menghalang aktiviti penyahasilan dan meningkatkan tenaga sel supaya tisu kulit seluruh badan berfungsi dengan normal. 


KESAN-KESAN SELEPAS PENGGUNAAN BEUTSKIN ESSENCE 
3 hari :
- Menstabilkan fungsi hati dan buah pinggang, kadar peneutralan toksin dalam badan meningkat dengan nyata sekali, kekangan kapilari darah meningkat, hemoglobin meningkat dengan nyata, ketidakseimbangan ’qi’ dan darah dapat diperbaiki dan memulihkan daya.

10 hari :
- Keadaan fizikal bertambah baik, sebahagian toksin dalam hati, buah pinggang dan darah dapat disingkirkan, keupayaan anti-pengoksidaan dalam badan meningkat, kapilari darah menjadi lebih lembut, memulihkan dan meningkatkan kekenyalan dinding darah pada masa yang sama menyelaras fungsi ovari.

30 hari :
- Toksin pada organ dalaman badan dapat disingkirkan lalu dipenuhi dengan bekalan nutrien yang diperlukan, keupayaan baik-diri kulit dipulihkan dan ditingkatkan, fungsi peredaran mikro pada kulit diselaraskan secara efektif.

60 hari :- Meningkatkan liang-diri kulit, keupayaan daya penahanan kulit meningkat, fungsi endokrin bertambah baik dan teratur, perubahan daripada kulit yang berwarna kuning gelap kepada kulit cerah berseri-seri.

90 hari:- Lebihan lipofusin dan radikal bebas dalam badan disingkirkan, sel-sel menjadi aktif dan keanjalan kulit dipulihkan lalu mengembalikan wajah yang cantik dan kelihatan muda.

Eeemmmm masa ni kulit kita memang dah cantik la....

Penggunaan jangka masa panjang :
- Metabolisme badan berada dalam keadaan peredaran yang baik, kulit menjadi lembut, licin, sihat, cerah, cantik dan sempurna

Untuk pengetahuan kawan-kawan semua produk ni mengandungi minyak biji Seabuckthorn which is khasiat dia membaik pulih sel sel badan kita yang dah rosak (maklumla..berapa tahun kita asyik bedal roti canai,nasi lemak.etc) dan juga kandungan anti oksidannya yang tinggi seperti vitamin A,C,E dan SOD untuk melindungi sel sel jantung  kita.Vitamin C buah seabukthorn..8 kali lebih tinggi dari buah kiwi.Bayangkan..selama ni, ina pun tak tahu sampai macam tu sekali tinggi kandungan vitamin C dia. Alhamdulillah...

Kadang kadang korang perasan tak..bila toksin banyak sangat dalam badan..badan kita mudah lesu...kulit kusam...pucat...senang mengantuk...itu memang tanda tanda toksin dalam badan memang tinggi...

Sebab tu saya sarankan kepada customer untuk ambil produk ni untuk bulan yang pertama.Memang rasa macam mahal sedikit..tetapi hasilnya sangat berbaloi dari keluar ratusan ribu ringgit untuk kesihatan dan kecantikkan.Betul tak?

Rata rata dalam laman blog atau FB ya..semua menggunakan gambar Adira sebagai testimonial Beautskin Essence.Bukan mudah ya nak dapatkan kulit seperti dia...Berkat sabar..dengan mengambil SNE Kapsul dan Beautskin Essence..hasil yang dia dapat memang sangat memuaskan hati..


Saya nak ingatkan juga... jangan harapkan kepada Beutskin semata mata untuk jadi cantik seperti artis kita...nyahkan dulu toksin yang ada dengan mengambil SNE Kapsul untuk hasil yang maksimum dan sebagai tambahan excel tea juga.Kesannya lebih cepat sebenarnya..tapi kalau yang nak mencuba Beutskin Essence dulu..takde masalah...sebab ada juga yang makan Beutskin sahaja...kulit dah jadi cantik. Kulit makin sekata dan cantik orang kata...Hehehe...

 Gabungan dua benda ni akan menjadikan kulit kita semakin cantik


Tunggu apa lagi….jom @   Ina untuk keterangan lanjut…..016-9635046























Friday, 9 November 2012

Majlis Konvensyen Haziq, Sheera n Hazim

Iiiiii uols....lama dh rasenya tak update blog....bezy skit ngan keje....al-maklumkan hujung n akhir bulanan....report sentiase menanti.....oklah stop citer pasal keje....pada 1hb November ari tu majlis konvensyen Haziq telah diadakan disekolahnya. Alhamdulilah tamat sudah pembelajaran di pra tersebut. Ada nampaklah peningkatan pada anakku sorang ni.....semoga anak mama akan terus cemerlang dihari mendatang..... dan pada hari sabtu lepas bersamaan 4hb November plak kami sekeluarga telah menghadiri konvensyen sheera n hazim plak....haziq pun konvensyen gak utk mengaji dia tu....alhamdulilah dpt no 6...tahun depan tingkatkan lagi....supaya dpt no 1 plak....amin...

  
Haziq bersama kawan baiknya....


Ni la sijil yang dapat....hehehehehe
 

Ni plak majlis Sheera n Hazim...Mula2 sampai budak debab ni tgh tido...huhuhuhu
 

Ni baru pas bangun la ni...nasib baik mood ok....klu x hancusss....
Anak mama kan baik orang nya....hehehehe
 

Ini plak si manja papanya....Sampai pun tgh tido gak.....agaknya x puas tido terus potong mood...
tak naik terus atas pentas....jumpe kawan2 pun wat x tau je....
 

Antara gambar kawan2nya...
 




 

Thursday, 1 November 2012

Nasi Sup





Menu : Nasi Sup Tulang (Raya Qurban Punye)

Hai.....salam uolss...mcmana ngan kesihatan korang...sihat atau ade yg sakit....biase la...cuti lama malas nk keje balik kan...sama la mcm saya....cuti ni penat skit sbb ade wat akikah tuk anak sedara baru...hehehehehe ok lah berbalik pada menu semalam...ni pun request dr en. somi.....nk sup tulang katanya...kita pun wat je la....makan ngan nasi putih.....haziq menambah sampai 3 kali....mula2 dia x berapa setuju ngan menu ni.....belum cuba belum tahu....dah cuba....haaah amik ko bertambah-tambah....


SUP TULANG 

Bahan-bahan

1/2 kg tulang berdaging
2 s/b minyak makan (untuk menumis)
2 s/b rempah sup (bancuh dgn air sikit)
1 pokok daun sup dan daun bawang (hiriskan)
garam
bawang goreng
air secukupnya 


Bahan tumbuk
3 biji bawang merah 
2 ulas bawang putih
2 sm halia

Bahan rempah tumis
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga

Cara membuat
1. Tulang dipotongkan kecil. Basuh dan toskan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk dan rempah tumis.
3. Masukkan rempah sup, tulang dan kacau rata.
4. Rebuskan sehingga daging di tulang betul-betul lembut.
5. Masukkan air dan garam. Biarkan mendidih dan masak.
6. Tutup api dan hidangkan dalam mangkuk besar. Taburkan bawang goreng dan daun sup & daun bawang.

Saya n family makan ngan nasi putih. hehehehhehe nk lebih umph saya wat sambal kicap....ppeehh terangkat...